Thursday, May 7, 2009

Lokasi Sungaitaka Farm

Lokasi Sungaitaka Farm

Salam Sejahtera,
Sejak akhir2 ni saya banyak mendapat panggilan dan sms bertanyakan cara atau petunjuk jalan untuk ke lokasi farm. Untuk memudahkan, saya sertakan peta hodoh yang saya lakarkan bersama dengan 'landmark' tertentu sebagai petunjuk. Sila klik di gambar di atas untuk gambar yang lebih 'clear'.

Untuk lawatan sebaiknya sila buat panggilan ke nombor di bawah untuk pastikan seseorang dapat bersama anda nanti:

En Shaiful 019 5053120
En Hizbullah 017 4671149
Untuk lain2 pertanyaan dan perkara sila hubungi atau sms no di bawah:
En Rabian 019 2568041 / 016 3843377

Wednesday, May 6, 2009

Kambing Kampong (Katjang)

Penjantan Kampong masih muda dan gagah

Penjantan kampong juga muda lagi..

Kambing kampong dah bunting

Koleksi Kambing Kampong di Sungaitaka Farm

Sebahagian Kambing Kampong kami

Salam bahagia buat semua penjengah laman ini,
Pejam celik agak lama juga tak update kat laman Sumgaitaka Farm ni, dah lebih dari sebulan kot. Walaupun tanpa update terbaru tapi saya berterima kasih pada pengunjung yang tak putus2 terus melawat dan memberi sokongan. Tak banyak yang menarik untuk di kongsi bersama, tapi kali ni nak bercerita pulak tentang Kambing Kampong di Sungaitaka Farm.
Kalau sebelum ni kami menternak baka boer dan jamnapari sahaja, tetapi baru2 ni kami telah membuat keputusan untuk memasukkan baka kambing kampong pula. Banyak pertanyaan dan permintaan terhadap kambing kampong ni. Antara kelebihan memiliki kambing ni ialah harganya lebih murah, cepat matang dan paling penting tahan lasak dan mudah diternak. Buat masa ni kami telah memasukkan sebanyak 20 ekor kambing kampong untuk tujuan pembiakan, dan kini menampakkan hasil yang memuaskan. Kebanyakkan kambing betina dah bunting dan kami menunggu masa menuai hasilnya. Selain dari itu penjantan yg kami ada juga menunjukkan keaktifan yang sangat tinggi.

Saya tak pandai nak bercerita panjang, tapi lihatlah gambar di atas sebahagian dari kambing kampong yang kami ada sekarang.

Thursday, February 26, 2009

Makanan Kambing

Anak Napier

Napier yang matang dan sedia di cantas

Daun sawit sebelum dimesinkan

Pallet kambing

Pallet kambing yg kami gunakan

Salam kawan2,
Baru baru ni ada kawan kawan yang baru nak berjinak dengan ternakan kambing ni bertanyakan tentang kos makanan kambing. Ramai yang bimbang kalau2 kos makanan meningkat, menyebabkan keuntungan yang di cari tidak menjelma, malah kerugian yang terpaksa di tanggung. Memang diakui harga pallet kambing telah meningkat sejak akhir2 ini dan ramai penternak mengakui akan kenaikan kos yang terpaksa ditanggung. Ini adalah masalah metematik perniagaan bila mana menaikan kos adalah perkara biasa tapi menurunkan harga bagaikan bala bagi mereka walaupun harga bahan asas telah menurun.
Bagi kami di Sungaitaka Farm, kenaikan harga pallet terpaksa di tanggung tapi kami cuba mengurangkan kos makanan dengan pelbagai alternatif lain selain dari pallet seperti daun sawit, napier dan daun pokok kekacang yang tinggi kandungan protinnya. Buat masa ini, pallet hanya disediakan pada waktu pagi sahaja dan selepas itu menu seperti daun sawit dan napier menjadi hidangan seterusnya. Pokok kekacang seperti petai belalang juga di sediakan dari masa ke semasa. Dengan mengamalkan menu makanan seperti diatas, kos makanan telah dapat dikurangkan, malah kambing dilihat semakin sihat..

Wednesday, February 25, 2009

Jamnapari

Lihat lah, pandang la telinga ku...

Cuba tengok telinga yg dua ekor ni...

Salam semua,
Saja nak berkongsi info kat sini, tapi tak pasti pulak mana satu yang betul pasal Jamnapari ni. Kat kandang kami di Sungaitaka ada la sedikit baka Jamnapari, tapi yang menariknya terdapat sekor jamnapari ni pasal telinganya. Kalau yang lain telinganya biasa aje macam daun dan panjang ke bawah, tapi yang sekor ni telinganya berpulas lak. Kata kawan saya, dulu baka jamnapari yang semacam ni banyak di bawa masuk dari Indonesia, tapi sekarang telah di had kan atau dilarang dari keluar dari sana, kononnya baka semacam ini nak di jadikan trademark Jamnapari Indonesia. Betul atau tak, tak pasti lak saya....

Tuesday, February 3, 2009

Bakal Ibu di SungaitakaFarm

Pertama kali bunting

Dah tak larat nak berdiri..

pon sama, dah berat ni..

Mununggu anak kedua.. harap2 kembar lagi

pertama kali, ni yg risau skt

Ni pon pertama kali bunting juga..

Salam sejahtera,
Saya pernah melawat ke Angkasa Farm semasa saya mula berjinak dgn kambing ni. Kat situ kesemuanya Jamnapari yang di bawa masuk dari Indonesia dan di biakkan di situ, kalau tak silap saya ada lebih kurang 2000 hingga ke lebih 2500 ekor Jamnapari kat situ. Yang seronoknya, setiap hari mesti ada sekurangnya 10 ekor anak baru dilahirkan. Memang meriah kat situ.
Itu pengalaman kat tempat orang, tetapi setelah hampir setahun lebih menternak kambing di farm sendiri, suasana seperti diatas telah mula kami rasai, memang seronok sakan walaupun bukannya setiap hari ada yang melahirkan anak. Untuk kali ini saya paparkan antara kambing yg dah sarat bunting dan kebanyakkannya banyak berehat saja, nak berdiri pun waktu makan je. Kalau rezeki, bulan ni atau bulan depan kan bertambah lagi bilangan penghuni farm kami..

Monday, February 2, 2009

Anak2 Kambing di Sungaitaka Farm

Anak jamnapari jantan..

Kacukan boer ngan jamnapari, telinga panjang mcm bapaknya...tgh sakit kaki tersepit..

Anak Jamnapari jantan, yg ni kami namakan Obama..

Anak boer ngan anak jamnapari...usia sama tapi boer rendah skit

Baru 3 bulan, dah dkt nak sama ibunya...

Anak Boer jantan, yg ni memang bulat....

Kat atas kandang, budak2 ni memang tak duduk diam..

Salam sejahtera,
Baru2 ni masa cuti CNY dapat la lepak kejap kat kandang di Sungaitaka Farm. Dah besar rupanya anak kambing hari tu, kebanyakkannya berusia dua hingga tiga bulan. Seronok tengok keletah anak2 kambing ni, ada tiga empat ekor yg memang dok hisap susu tepong, yg lain tu bergantung pd ibu masing2. Susah juga nak tangkap gambar budak2 ni...Kat atas tu sebahagian yang sempat dirakamkan pd CNY yang lalu

Antara Koleksi Terbaik Di Sungaitaka Farm



Bukan utk dijual.....

Salam sejahtera,
Begitu cepat masa berlalu, hari ni dah pon masuk bulan February, rasanya baru sangat menjejak tahun 2009. Belum banyak perancangan yg ada di SungaitakaFarm, masih lagi maintain dgn induk yg ada..cuma pertambahan anak2 baru semakin meningkat.
Antara yg nak saya berkongsi di sini ialah antara kambing2 yg bukan untuk dijual buat masa ini dari farm kami. Induk ini lebih kepada untuk mendapatkan baka yg besar dan sihat. Berikut adalah beberapa ibu boer yg terbaik dari kandang kami. Rujuk gambar di atas.....

Monday, January 19, 2009

Cara Kawal Pembiakan Kambing di Nairobi

Salam sejahtera,
Rasanya agak lama tak update blog ni, lagi pun tak banyak aktiviti di awal tahun ni, saya masih lagi memerhatikan suasana ekonomi diawal tahun ni, buat masa ni lebih banyak masa di habiskan untuk bisnes electronics saya.Kebanyakan industri electronics ini nampak sedikit suram di awal tahun ni..

Berbalik kpd cerita kambing kali ni, gaya penternakan orang Masai mengawal pembiakan bila dtg musim kering, kita di Malaysia tak pernah hadapi masalah semacam ini, tapi disana cara mudah utk mejaga kesihatan dan baka kambing adalah seperti tertulis di bawah. Saya copy terus dari email yg saya dpt utk tatapan kalian..

The olor is held in place by a rope or an elastic strap

Maasai herdsmen in Kenya have turned to an age-old contraceptive device, the "olor", to protect their precious goat herds from an ongoing drought.
The olor is made from cowhide or a square piece of plastic, and is tied around the belly of the male goat. It prevents the bucks from mating with the female goats.
The herdsmen are using the device to limit the goat population and ensure there are not too many animals grazing on sparse vegetation.
We don't want them to breed in this drought, says Mr Ole Ngoshoi Kipameto, a goat owner in Kajiado district.
Vital assets
The area, which is 80km (50 miles) from the capital, Nairobi, has received insufficient rainfall, making the landscape barren and forcing residents to move from place to place in search of pasture and water.
In the Maasai community, livestock are often people's only assets and sole means of survival.
We tie this hide under the belly of the buck for three months. After that we remove it and then they can breed by November when the short rains come, Mr Kipameto says.

The olor saves employing separate herdsmen for male and female goats

The rectangular piece of cowhide is passed over the buck's head and front legs and secured under the belly in front of the hind legs with a rope or elastic strap.
It looks like an apron, Mr Kipameto says.
Peter Ndirangu, the area livestock officer, says the olor is very effective.
In the modern method, we advocate keeping the bucks separate from the breeding goats. But that is an added cost as you require two herdsmen - one for the bucks and one for the goats, he says. This [device] will play the part of a herdsman.
He says the device is very useful in keeping the herd numbers down and controlling when the goats give birth. If they give birth during harsh conditions like now, the mothers - the does - are going to be very weak, they're not going to feed their young ones properly, he says.
The device helps the herdsmen to restrict kidding to the period during and after the rains.
If the rains fall in October and November, the dry landscape will turn green again and the herdsmen will be able to settle with their livestock.
Until then, the herdsmen will have to employ the olor to protect their livestock and livelihood safe. Those who do not use it could face a hefty fine if their bucks are found guilty of impregnating another herder's doe.

Sunday, December 14, 2008

Persediaan Raya Korban - Luar Negara

Di Semenanjung Gaza, Palestin, kambing terpaksa di seludup melalui terowong untuk melepasi sekatan Yahudi

Di India, 4 ekor kambing berkongsi van dengan manusia... untuk dijadikan korban sempena AidilAdha yg lalu.

Di Afghanistan, seorang penjual sedang menunggu pembeli kambing yg mendapat permintaan tinggi sepanjang AidilAdha

Salam sejahtera,
Bersambung dengan penulisan yg lalu berkaitan Raya Korban, kita di Malaysia masih dapat menyambutnya dalam suasana meriah dan harmoni walaupau iklim politik kita yg hu ha hu ha dan sedikit kejutan bencana alam. Kalau kita lihat di beberapa negara, banyak dugaan bermula dgn persiapan untuk melakukan korban. Gambar di atas menunjukkan persediaan yg terpaksa di lalui untuk mendapatkan haiwan (kambing) untuk korban.

Friday, December 12, 2008

Raya Korban

Masakan Chef kampong yg bertaraf 5 bintang (*****)

Kaum wanita sibuk dgn tugas2 mereka di dalam rumah

Sebahagian dari penduduk kampong Sungaitaka yg memotong daging korban

Penduduk setempat sedang memotong daging utk di agihkan

Kerja2 memotong daging bermula

Salam sejahtera,
Lari sikit dari cerita kambing, tapi kali ni nak cerita pasal korban pula.
Sempena dengan Raya Korban tahun ni, kami di Sungaitaka Farm adik beradik telah melakukan korban seekor lembu pada raya yg kedua. Memandangkan suasana kampong yg penuh dgn tradisi gotong royong, kerja2 penyembelihan, melapah, membungkus, memasak dan sebagainya dijalankan secara beramai ramai. Menjadi amalan kawasan setempat, setiap kali menyempurnakan korban, sebahagian dari daging korban di adakan jamuan untuk penduduk setempat dan sebahagian lagi daging diagihkan kepada orang ramai. Berikut adalah gambar2 sempena majlis korban yg lepas.

Tuesday, November 25, 2008

Anak2 Kambing Baru Di SungaitakaFarm

Anak jamnapari jantan dan anak boer jantan (dua2 member kamceng ni)

Anak jamnapari jantan

Anak jamnapari jantan

Anak Boer jantan

Kacukan boer ngan jamnapari (betina)

Anak boer (hero muda)

Salam sejahtera,
Minggu sudah dlm cuti skolah dapat la jengah sekejap ke kandang kambing di Kedah sana. Dah lama dpt berita pasal anak2 baru kat kandang di Sungaitaka, semuanya lahir selepas hari raya yang lalu. Kat sini nak papar sikit gambar anak2 baru tu. Tapi untuk kali ni lima dari enam anak baru ni jantan, cuma sekor je yg betina. Sorry la, gambar low quality skit, bateri dah kat talian hayat...

Monday, November 3, 2008

Pertandingan biri-biri Arab Saudi

Salam sejahtera,
Kali ni kisah kambing tercantik di negara Pak Arab. Sedutan di bawah dipetik dari paper Kosmo hari ni. Pak Arab ni bukan sekadar sanggup buang duit utk beli kereta mewah, tapi untuk kambing pun dia sanggup perabih. Baca sedutan di bawah dan tengok harga dia....


SEEKOR biri-biri berjalan di atas pentas peragaan di Banban, Arab Saudi pada Khamis lalu.

SEORANG penonton merakam gambar biri-biri yang menyertai pertandingan ratu biri-biri di Banban, Arab Saudi Khamis lalu.

SALAH seekor biri-biri yang memenangi pertandingan ratu biri-biri di Banban, Arab Saudi Khamis lalu.

LAIN padang lain belalang. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan program ratu cantik di Arab Saudi yang menjadikan kambing biri-biri sebagai bahan pertandingan.
Keadaan itu berbeza sama sekali dengan pertandingan ratu cantik yang kerap diadakan di beberapa negara Arab seperti Lebanon tetapi ia tetap menarik, sekurang-kurangnya kepada para penternak dan penggiat industri makanan.
Malah, pertandingan ratu cantik biri-biri itu menawarkan peluang keemasan kepada para penternak tempatan untuk menjalankan urusniaga selain menjadi satu wadah hiburan di sebuah negara yang kurang aktiviti bercorak rekreasi.
Pada masa sama, acara unik itu bertindak sebagai penggalak kepada penternak di Arab Saudi supaya menghasilkan baka biri-biri yang baik dan penggemar haiwan.
Hakikat itu diakui sendiri oleh pembeli-pembeli yang menghadiri acara tersebut.
Menurut mereka, kualiti biri-biri Arab Saudi yang disebut Nejdi semakin meningkat sejak sedekad lalu hasil daripada perhatian yang diberikan untuk membiak haiwan tersebut.
"Biri-biri Nejdi hari ini jauh lebih cantik berbanding 10 tahun lalu," kata seorang penonton berusia 37 tahun dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Salem al-Ghannami.
Sejak beberapa tahun, pertandingan ratu cantik melibatkan unta dan kambing selain biri-biri merupakan simbol cara hidup kaum Baduwi dan diadakan di serata Arab Saudi.
Namun, acara tersebut dilaporkan menimbulkan keresahan kerabat diraja Arab Saudi selepas ia bertukar tegang apabila dijadikan medan penentu untuk mengetahui kabilah atau puak mana yang memiliki baka ternakan paling cantik.
Acara yang berlangsung pada Khamis lalu itu bertindak tidak menyenaraikan nama kabilah yang memiliki haiwan tersebut.
Ia dihadiri oleh kira-kira 4,000 lelaki di sebuah kawasan padang pasir yang dilitupi beratus-ratus helai permaidani di utara bandar raya Riyadh.
Mereka duduk di barisan kerusi mengelilingi sebuah pentas peragaan kecil yang diliputi hamparan karpet merah.
Udara sekitar kawasan itu diselubungi bau najis haiwan ketika biri-biri betina dan jantan dipertontonkan selepas satu pertunjukan bunga api dan pertandingan sajak biri-biri terbaik diadakan.
Penganjur acara berkenaan, Faisal al-Saadoun berkata, peminat-peminat haiwan ternakan tahu memilih baka biri-biri yang cantik.
"Seperti juga manusia, biri-biri tidak sepatutnya memiliki lemak pada bahagian tertentu, kata seorang ahli perniagaan dan penggemar haiwan itu, al-Saadoun .

"Haiwan-haiwan itu juga perlu tinggi," tambahnya. Katanya, biri-biri betina dewasa boleh dijual pada harga antara AS$5,300 dan AS$8,000 (RM17,800 dan RM28,475) tetapi harga untuk biri-biri jantan dewasa yang baik boleh meningkat hingga berkali ganda.
"Biri-biri jantan lebih mahal kerana dapat menghasilkan hingga 100 anak setahun berbanding biri-biri betina," katanya.
Al-Saadoun memiliki seekor biri-biri jantan berusia tiga tahun daripada baka Burgan atau petir dalam bahasa Arab.
Haiwan itu ditatang sama seperti sebuah telaga minyak kerana ia paling diminati di kalangan penggemar biri-biri dan tidak hairan harganya pula melebihi AS$2.1 juta (RM7.4 juta).
Daripada 10 finalis, lapan merupakan baka Burgan termasuk biri-biri jantan dan betina mendapat tempat pertama.
Seorang peserta, Al-Ghannami yang memiliki 200 ekor biri-biri termasuk dua Burqan memberitahu, kalangan pembiak sanggup membayar berjuta-juta riyal untuk seekor biri-biri cantik.
"Saya mahu mengumpul biri-biri daripada baka terbaik," kata al-Ghannami yang bekerja di Kementerian Dalam Negeri UAE.
"Saya menganggapnya sebagai satu hobi. Saya tidak mengumpul biri-biri kerana wang," jelasnya.
Ketika jam menghampiri detik tengah malam, seorang pembiak tempatan berusia 31 tahun, Fahd al-Jinahi, berjalan keluar sambil membawa beliannya, seekor biri-biri jantan baka Burqan yang diperoleh dengan harga AS$120,650 (RM429,447).
Apabila ditanya kenapa dia memilih biri-biri itu, jawab Fahd: "Saya tertarik dengan bentuk dagu biri-biri itu. Lehernya jinjang dan berbulu lebat dan panjang sehingga meliputi badannya." - AP

Friday, October 24, 2008

Kambing ku-2

Jangan berebut, kena beratur la baru best

Tuan aku kata, sapa bantai daun kelapa ni nak kena potong leher..

Tak payah panjat pun sampai....

Salam sejahtera,
Masa lepak2 tak de keja sgt ni, bolehlah tengok keletah kambing2 ni. Ada yang suka posing, ada yang malu2 gak. Semua gambar2 ni kat Sungaitaka Farm masa cuti yg lalu.